1 research outputs found

    Hubungan di antara pengaturan kerja fleksibel dan prestasi pekerja dalam kalangan ejen insurans wanita

    Get PDF
    Ejen insurans merupakan jurujual pertengahan bagi syarikat insurans di mana mereka memainkan peranan penting dalam memberi khidmat nasihat kewangan (Hannah, 2011). Ejen insurans bekerja berdasarkan persekitaran pengaturan kerja yang fleksibel di mana mereka boleh menyediakan jadual waktu bekerja sendiri. Sebahagian daripada mereka bertemu dengan pelanggan pada waktu perniagaan siang hari, sementara yang lain pula membuat kertas kerja dan menyediakan konsultasi untuk pelanggan pada waktu petang. Kebanyakan mereka bekerja selama 40 jam seminggu dan ada juga beberapa ejen yang bekerja lebih lama daripada 40 jam (Hannah, 2011). Prestasi ejen insurans sangat penting untuk mengekalkan jenama produk insurans. Penilaian terhadap prestasi di kalangan ejen insurans biasanya bergantung kepada kejayaan atau kegagalan mencapai sasaran penjualan (Insurance Agent Job Overview, 2019). Proses menjual produk insurans memerlukan masa kerana mereka perlu mendekati pelanggan sebanyak mungkin dan ketersediaan waktu bekerja yang tidak tetap
    corecore